Wednesday, 29 February 2012

~**SF Beauty**~

Salam uuuoolllsss,

hari nie genap 2 minggu dah try produk dari kelantan nie..name die SF Beauty..cousin2 la yang asalnyer memperkenalkan produk nie kat mak n tengok muka mak skrg dah ok n kulit die jadi pink2...sweet gitu...aku pun pe lagi ambik kesempatan la nak try gak...so far ok la kulit dar beransur cerah...cume jerawat jer tak kurang lg...tak sabarnyer nak tunggu next perubahan..aku dah hasut sekali bebudak n akak2zz kat opis untuk cube produk nie....
SF beauty nie ader 3 benda jer...krim siang, krim malam & sabun...senang la takyah nak bawak byk2 kalau g travel...aku mula try pakai set trial die murah jer dalam rm60-rm65 la....boleh pakai dalam sebulan gak la sebab krim2 die kne pakai nipis2 jer....tapi aku baru 2 minggu krim siang dah abis pasai muke besau kot kne pakai lebih..hahhahaaa sengal...

Produk kecantikan : SF Beauty

yang nie TRIAL set....

ader kelulusan kementerian kesihatan malaysia tau...jgn ragu2 lagi...mari la kita mencantikkan kulit muke...


PRODUK KECANTIKAN SF BEAUTY 
~SET PERCUBAAN RM65 & FULL SET RM120
~2 JENIS 
UTK KULIT SENSITIF (SABUN VIT C WARNA HIJAU)

UTK KULIT NORMAL (SABUN VIT E WARNA KUNING CAIR)

CARA PENGGUNAAN:
1.KRIM SIANG
CUCI MUKA DGN SABUN,BIARKAN MUKA AGAK BASAH SIKIT.KEMUDIAN SAPU KRIM SIANG NIPIS2 JE..

2.KRIM MALAM
CUCI MUKA DGN SABUN..KEMUDIAN SAPU KRIM MLM NIPIS2.UNTUK KWSN YG BERMASALAH,SAPU KRIM MLM & URUT LAMA SIKIT..

Semua produk diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

SF Beauty Soap NOT 110600593 K
SF Day Cream NOT 110600594 K
SF Night Cream NOT 110600595 K

Gambo2 testimoni...





































Pengajaran

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani




Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.


“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.


“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.


“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.


Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.


“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.




“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.


“Entahlah.” katanya perlahan,


” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.


Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.


“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.


“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.


“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.


Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut


“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.


Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.


Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.


Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.


Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.


“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu


“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.


Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.


“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.


“InsyaAllah.” Balas saya.


Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.


“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”


“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.


Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.


“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.


Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.


“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.


“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.


Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.


“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.


Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.


“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.


“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.


“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.


“Keluar lendir bercampur nanah.”


Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.


Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.


“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”


“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.


Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.


“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.


Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.


Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.


Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.


“Ustaz,”katanya,


“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”


“Kenapa?”pantas saya bertanya…


“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;


Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.


Saya tanya “Kenapa?”


Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.


“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”


Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.


“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.


Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.


Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.


“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.


Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.


Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”


Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.


Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”


“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.


“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.


Mungkin dia terkejut.


“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.


“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.


Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.


“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.


“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.


“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.


Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Tuesday, 28 February 2012

1st Activity ANM Cyber

Salam...i telah dilantik untuk menjadi wakil bagi unit NP untuk menguruskan majlis makan malam kat ISLAND BBQ STEAMBOAT kat area kg melayu subang...majlis berjalan seperti biasa n terkeluar ckit dari agenda..ape yang dirangcangkan adalah majlis bermula kul 6pm tapi i sendiri pun sampai kul 6.40pm...hahahahhaaa..tumpang orang tu yang tak kesah sgt tuh...im wearing all purple...ahaks...janji2 ngan geng nak pakai skirt@gaun tapi sorang geng la tak dapat datang...adoooooyyyyaaaiiiii

Tak sangka restoran nie celah2 umah orang dalam kawasan kampung dalam bandar la kan...Tempat makan die OK la tapi kuah steamboat die kurang KAW ckit...kalau rase tomyam n kepedasan die lebih ckit rase lebih OK kot...tapi pasal dah majlis redah kan jelah...hehehehheee..aper pun sume nampak berseri2 n happy jer....mesti la kan sume nyer pun pasal MAKAN..  Sedikit gambar untuk tatapan...please...........

muke depan restoren..


AJK menjalankan TUGAS...ahaks


nyum...nyum...nyum...makan3x


BBQ + Steamboat......aaaauuuuummmmm


KEK BESDAY untuk 1sr quarter


let's take picture...say CHESSE


dah datang meroyan bergambar...balik..balik...


That's all...


Tuesday, 21 February 2012

Kisah Teladan

~**Kelebihan Ayat Kursi**~

 Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

                        Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

                        Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan
laknatullah.


~**MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH**~

                        Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

                        Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.  Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

                        Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.                                

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.            
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya. 

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur." 


Monday, 20 February 2012

~OpiS aktiviti~

huhuhuuuu...mmg takder keje lain duk menangkap gambo seleng baru yang tak berape besh sgt sbb dah biase seleng besar2 tetibe kecek plak...hikhikhik...tengok ler gambo 50sen, 20sen, 10sen & 5sen..


hari nie pagi nak g keje gerimis ckit..petang dalam kul 4 hujan lebat lak..rahmat Tuhan...hujan2 mmg sedap pekena "HOT CHOCOLATE" auuuwwwwmmmmm...teringat2 cite VANILLA COKLAT..sweeettt..



**minum dulu yer**

Thursday, 16 February 2012

Layan @ TV3

besh giler layan VANILLA COKLAT semenjak 2 menjak nie...hehehehehee..cite nyer sweet sgt n suke sgt kat izzara aisyah tu sbb muke die kiut n kulit pun lawa jer...besh nyer...


OST Vanilla Coklat ( Tapi Bagaimana )


OST Vanilla Coklat ( Tentang Rasa )


OST Vanilla Coklat (Penerang Hati)


Friday, 10 February 2012

**``GATED Project + jenjalan``**

Minggu nie banyak ikut my boss untuk g briefing gated project..besh gak la walaupun malas sebenarnyer..hehehehe..pegi bertiga jer..my lovely boss (kak huda) ngan boss msan (si hamzah)..
kami pegi 2 AND (access network development) kat SB (selangor barat) & ST (selangor timur)..

**check it out**



AND SB tu dekat jer ngan SACC MALL tapi tak leh nak g pasai kelam kabut nak balik opis sebab ader meeting kat OFFICE CYBERJAYA lak..


Thursday, 9 February 2012

~** takzirah ke renungan**~

·٠•● Generated by SocialSay " Selama mana pun kamu SETIA, sehebat mana pun kamu MERANCANG, sejauh mana pun kamu MENUNGGU, sejujur mana pun kamu MENERIMANYA, jika ALLAH SWT tidak menulis JODOH kamu bersamanya, kamu tetap tidak akan bersamanya.." Generated by SocialSay ●•٠·



Ketika anda sibuk mencari yang sempurna
. . .

hati-hatilah kerana boleh jadi kamu melepaskan seorang yang tidak sempurna tapi orang itu 

mampu membuat kamu bahagia secara sempurna..=)



krn pada dasarnya tidak ada manusia yg smpurna, kesempurnaan hanya milik Allah..



✿~Bahagia itu dari dalam diri,Kesannya ZAHIR rupanya MAKNAWI✿~


✿~Bahagia itu ada pada hati,Bertakhta di kerajaan diri, terbenam bagai mutiara di lautan nurani✿~


✿~Bahagia itu ada di jiwa,Mahkota di singgahsana ,rasa bahagia itu adalah suatu ketenangan✿~

✿~Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan,bila hati mengingati Tuhan✿~




cinta & benci


**merepek**

..Penerang hati..

Mencinta Mu terangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi


**Penghujung Cintaku**

berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu

Wednesday, 8 February 2012

LayaN CitE Besh

semenjak melayan cite2 besh kat Tv mule ler nak berangan..hehheheee..termimpi2 tengku shahran dalam cite BICARA HATI...hikhikhik...gediks tul ler akuh nie...pastu layan cite GEMERSIK KALBU lak teringat2 muke akashah...hukhukhukkk...mmg terbaik la...

BICARA HATI


.....tengku shahran....


GEMERSIK KALBU


sedikit mutiara kata ala2 kata2 semangat la..